CINTA ..
Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..
Tolong nasihati si dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..
Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia aku kasihinya kerana santunnya..
Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..
Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..
Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..
Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia,cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Cinta..
Sebelum ku terlupa .. Tolong sampaikan juga pesanan ni buat si dia, ku tidak berjanji untuk mencintainya sebelum ku memilikinya secara sah dan halal, kerana ku tak tahu mana satu perancangan Allah yg terbaik, Jika si dia sanggup menunggu ku dan mencintaiku dalam diam, dan bila mana dia mendasarkan cinta nya itu adalah kerana Allah, ku yakin Allah akan berikan kita penghujung yg terbaik ....
Tolong pesan kat dia, bahawa jangan mencintai makhluk melebihi cinta-Nya,.
Tolong khabarkan pada dia, jika dia menemui seorang lelaki yang lebih baik , maka tinggalkan diriku ini, kerana ku tahu istikharah cinta itu yang utama,...
Jika dia tak sanggup menanti ku, maka carilah yang lebih baik yang mampu membimbingya ke arah yang lebih baik... Cinta tak harus memiliki ungkapan yg lebih tepat...
Cinta sejati itu adalah apabila sepasang tautan hati yang berpisah keranaNya dan mampu tersenyum kerana kebahagiaan pasangan nya itu, kerana ku tahu itu yg lebih baik buat si dia ....
Tolong nasihatkan si dia jangan berubah kerana makhluk/lelaki, berubahlah kerana Allah, cari redha dan cintaNya dahulu, dan percayalah Allah akan memberi seorang "kumbang" yang memang sedia untuknya ..
Kalau dia benar berasal dari tulang rusuk kiri ku ini, ku tahu Allah akan memilihnya untukku,.
Jagalah Cinta dalam diam itu sebaik mungkin ...
pegang kata - kata ni duhai calon pelengkap tulang rusukku > Cintakan Allah tiada kecewa < Bila kau mencintai seseorang kerana Allah, nescaya lelaki yang terbaik akan menanti di penghujung jalan ..
"si dia" berubahlah engkau ke arah yang lebih baik dari waktu yang dahulu, jadilah seorang MUSLIMAH .
CINTA ...
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri…
Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia.. Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia.. Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya.. Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti…
[P/S : artikel ini ditulis hasil daripada gabungan pemilik Fb ini dan Ustaz Wan Muhd Ali , dalam blog beliau (wanwma.com) , artikel ini merupakan pengalaman sebnar pemilik akaun Fb ini , mohon doakan yang terbaik buat kita semua, semoga kita sentiasa dilimpahi rahmat dan keberkatan dari-Nya, amin... (6.56 am:9/2/13)]